Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Khamis, 9 Jun 2011

~keLebiHan Ma'thurat~

Assalamualaikum..


Lagi.. hehe.. kalu kite ade ilmu.. kite mesti share dgn org laen kan.. so.. hehe.. nak share la ni.. Alhamdulillah.. sbb.. dlm kelam kabut berkemas pada hari Isnin ptg tu.. sempat juge aq ambil artikel ni.. hehe.. semate-mate nak kongsi dgn org ramai.. hehe.. ok.. utk tazkirah kali ni.. mri.. kite same-same ape kelebihan kite bace Al-Ma'thurat ni.. Ma'thurat ni kite bace selepas solat Asar dan selepas solat Subuh.. hurm.. ni.. kelebihan nye..

  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut, maka Allah akan menjamin untuknya syurga
  5. Selamat dari segala sesuatu
  6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya
  7. Allah berhak untuk meredhainya
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya
  9. Terhindar daripada syirik
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai-bagai lagi kelebihan.
Nabi SAW merupakan insan yg paling tahu mengenai Tuhannya. Baginda telah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yg kecil, besar, mulia dan hina. Rasulullah SAW sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Jadi, kite sebagai umat Nabi Muhammad SAW, mestilah memiliki sifat-sifat terpuji seperti Rasulullah SAW..

hurm.. rse tu jer..
k..
Assalamulaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan